SAMBUTAN HARI GURU 2012

LAPORAN DARI: CIK YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 25 Mei 2012

Tempat : Dewan Makan Asrama & Dataran Tn. Hj. Abdul Malek

Tema Hari Guru : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

 

Meriah……. Alhamdulillah satu perkataan yang boleh digambarkan semasa Sambutan Hari Guru yang telah diadakan pada hari Jumaat yang lalu. Tema pakaian Hari Guru pada tahun ini adalah Sukan untuk Kesihatan dan setiap guru memakai pakaian sukan seragam berwarna ungu. Ungu melambangkan cinta dan sayang guru-guru kepada SMK Teluk Bahang. Majlis telah bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Berikut adalah tentatif program :

Ucapan aluan Pengerusi Majlis dan bacaan doa

Persembahan Pelajar

Alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

Anugerah Guru-Guru (Tema Kartun Animasi) dan penyampaian cenderahati

Ucapan Ketua Pengawas&Wakil Kelab Guru&Tuan Pengetua

Kerusi Muzik

Bacaan Ikrar dan nyanyian lagu “Guru Malaysia”

Sukaneka

Gimik Perasmian

Permainan Ewah-Ewah

Perlawanan bola jaring/bola tampar: Guru-Pelajar

Jamuan pelajar dan guru-guru

 

Semua guru rasa sangat gembira dan ceria pada hari tersebut kerana pelbagai aktiviti telah dijalankan. Tahniah diucapkan kepada barisan pengawas sekolah yang berwibawa kerana telah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan setiap aktiviti sepanjang Sambutan Hari Guru tahun ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kelab Guru yang turut membantu menyediakan pakaian dan makanan serta terima kasih juga kepada semua warga sekolah khususnya guru-guru dan para pelajar yang telah memberi kerjasama sepanjang majlis ini berlangsung. Semoga Sambutan Hari Guru pada tahun ini mendapat keberkatan daripada Allah Taala dan seterusnya mengeratkan silaturrahim diantara sesama guru dan juga para pelajar.

 

~AL MADRASATI HABIBATI~

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3129818
TodayToday315
YesterdayYesterday1548
This WeekThis Week2579
This MonthThis Month26361
All DaysAll Days3129818
162.158.78.4

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.