Pelaksanaan Ujian Diagnostik Tingkatan 1 2014

LAPORAN DARI: PN. POON AH NGOH

 

Pada 28 Januari 2014, Ujian Diagnostik Tingkatan 1 Bahasa Inggeris telah Berjaya dilaksanakan di SMK Teluk Bahang. Item Ujian Diagnostik adalah berpandukan konstruk yang disediakan oleh BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum) Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Pelaksanaan Ujian Diagnostik Tingkatan 1 untuk pelaksanaan sistem set Bahasa Inggeris untuk Tingkatan 1 telah mula dilaksanakan di seluruh sekolah menengah di Pulau Pinang untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 mulai 2013 oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Oleh itu, SMK Teluk Bahang , Pulau Pinang telah memulakan Sistem Set untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 mulai 2013.

 

Untuk memastikan keberkesanan sistem set ini, pelajar-pelajar Tingkatan 1 perlu menduduki Ujian Diagnostik terlebih dahulu untuk menempatkan pelajar-pelajar mengikut kelas set mereka.