KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH

LAPORAN OLEH: PN. NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Asrama, Unit Pusat Sumber, Koperasi dan SPBT.

 

Bismillahirrahmanirrahim…

 

16 Jun 2015 – Pada tarikh tersebut telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Pemimpin Sekolah. Penglibatan peserta adalah seramai 110 orang yang terdiri daripada :

 

1. Pengawas Sekolah

2. Pengawas Asrama

3. Pembimbing Rakan Sebaya

4. Pengawas Koperasi

5. Pengawas Pusat Sumber

6. Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks

 

 

Fasilitator daripada Nadicinta Resources telah menyampaikan beberapa slot tentang bagaimana seorang pelajar harus bertindak sebagai pemimpin. Unsur-unsur akhlak mulia, nilai-nilai murni serta kecintaan kepada agama menjadi input utama dalam slot ini agar para pemimpin menjadikan ahlak dan agama sebagai satu prinsip untuk bertugas dengan cemerlang di sekolah mahupun di asrama. Aktiviti seperti ceramah, latihan berkumpulan, penceritaan, tugasan di padang dan solat asar di medan turut dilakuan untuk memberi satu pengalaman baru untuk para pelajar. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang dilantik sebagai AJK dalam kurus tersebut. Semoga barisan pemimpin sekolah dan asrama dapat bekerjasama dengan guru-guru dalam membantu melicinkan lagi gerak kerja pentadbiran sekolah.

 

“JATI DIRI KUKUH KEPIMPINAN TEGUH

 

 


Articles Categories

SMKTBG Archive

Powered by mod LCA

Kaunter Pelawat

3218004
TodayToday834
YesterdayYesterday1214
This WeekThis Week6654
This MonthThis Month24023
All DaysAll Days3218004
108.162.219.232

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.