PROGRAM BIMBINGAN DAN PERKONGSIAN PINTAR PdPc ABAD KE-21

LAPORAN OLEH: PN. HASLINDA BINTI ROSLE (PENYELARAS PROGRAM)

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR ANTARA SMK TELUK BAHANG DENGAN:

  1. SMK ST GEORGE (P) PULAU PINANG
  2. PENANG FREE SCHOOL

SERTA PROGRAM BIMBINGAN DAN PERKONGSIAN PINTAR PdPc ABAD KE-21 ANTARA GURU FIZIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN SMK TELUK BAHANG DENGAN PENANG FREE SCHOOL.

 

TARIKH

20 FEBRUARI – 24 FEBRUARI 2017

TEMPAT

  1. SMK ST GEORGE (P) PULAU PINANG
  2. PENANG FREE SCHOOL

MASA

WAKTU PERSEKOLAHAN (7.40 PAGI – 2.30 PETANG)

ANJURAN

BAHAGIAN KURIKULUM

SMK TELUK BAHANG

      1.PENGENALAN

 

  1. Program ini akan diadakan dengan kerjasama guru-guru dan pelajar SMK Teluk

Bahang untuk memastikan calon SPM 2017 bermotivasi dan bersemangat seterusnya mencapai keputusan seperti yang disasarkan.

  1. Program Pertukaran Pelajar ini akan dilaksanakan di SMK St. George (P) dan

           Penang Free School dalam tempoh seminggu iaitu dari 20 Februari hingga 24 Februari

           2017.  

    

       2.OBJEKTIF PROGRAM

    

  1. Pendedahan kepada teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di SMK St. George (P).
  2. Memerhati dan merasai iklim persekolahan di SMK St George dan Penang Free School.
  3. Mengadakan perkongsian idea dan jaringan ilmu dalam kalangan pelajar.
  4. Mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar.

 

      3.ASAS PERTIMBANGAN

 

  1. Program ini adalah satu wadah untuk membantu pelajar lelaki dan perempuan seramai 20 orang mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM 2017 seterusnya meningkatkan gred purata sekolah.

      4.AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Abdul Said bin Hussain
Naib Pengerusi : Pn. Azrina binti Mukhtar
Penyelaras : Pn. Haslinda binti Rosle
Setiausaha : En. Mohammad Ashwin Thiren bin Thangarajoo
AJK :

En. Muhammad Bahtia bin Jaafar

En. Mohd Bukhari bin Ismail

Hj. Ismadi

 

       5.PENGLIBATAN DAN PENYERTAAN

 

Bilangan Pelajar

10 orang pelajar lelaki   (Penang Free School)

10 orang pelajar perempuan   (SMK St. George (P) Pulau Pinang

Bilangan Guru Pengiring
  1. En Abdul Said bin Hussain
Bilangan guru terlibat   bagi Program Bimbingan dan Perkongsian Pintar PdPc Abad ke-21
  1. En Muhammad Bahtia bin Jaafar – Fizik
  2. Cik Nur Zahidah binti Shah Kholit –   Matematik Tambahan

 

      6.SENARAI PELAJAR TERLIBAT

 

SMK ST GEORGE (P)   PULAU PINANG        
Bil NAMA MURID TINGKATAN ALIRAN    
   
1 DEMPO LATIFAH SHAKIRAH BT MOHAMED   SHAHRIR 5 BRIGADIER SAINS TULEN    
2 FATIN NAJWA BINTI YUSNI 5 BRIGADIER SAINS TULEN    
3 NURUL SYAHIDA BINTI JASNI 5 BRIGADIER SAINS TULEN    
4 NUR HANISAH DHAMIRAH BINTI ROSTAM 5 BRIGADIER SAINS TULEN    
5 FATIN SUHANA BINTI MOHD ROSNI 5 BRIGADIER SAINS TULEN    
6 NUR ADLINA HANANI BINTI ABDUL   LATIFF 5 BRIGADIER SAINS TULEN    
7 NURUL NAZIRAH BINTI AHMAD YAHAYA 5 BRIGADIER SAINS TULEN    
8 NUR JANNATUL AIN BT. MOHD ZAMRI 5 KOLONEL KATERING &   PENYAJIAN    
9 NURLIYANA BINTI NADZIR 5 KOLONEL KATERING &   PENYAJIAN    
10 NUR ATIRAH BINTI AZMAN 5 KOLONEL KATERING & PENYAJIAN    
             

 

PENANG FREE SCHOOL      
BIL NAMA PESERTA   ALIRAN  
   
1 MUHAMMAD SHAKEEL BIN ABDUL GAFOOR 5 BRIGADIER SAINS TULEN  
2 MUHAMMAD AMIRUL ANAS BIN MOHD NASER 5 BRIGADIER SAINS TULEN  
3 MUHAMMAD ARIFF ZIKRI BIN MOHD   KHOSIM 5 BRIGADIER SAINS TULEN  
4 MUHAMAD KHUZAIRI BIN MOHD TARMIZI 5 BRIGADIER SAINS TULEN  
5 MUHAMAD HAFIZ BIN SUKAR 5 BRIGADIER SAINS TULEN  
6 MUHAMMAD HAFIZ BIN DARMAN SINGHO 5 KOLONEL KATERING & PENYAJIAN  
7 MUHAMMAD HANIF AIMAN BIN HAZWADY 5 KOLONEL KATERING & PENYAJIAN  
8 MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN MOHAMAD   AZMI 5 KOLONEL KATERING & PENYAJIAN  
9 MUHAMMAD KHAIRUL HAKIMI BIN KHAIRUL   NIZAM 5 KOLONEL KATERING & PENYAJIAN  
10 MUHAMMAD AMIRSHAH B. MAZLELA 5 KOLONEL KATERING & PENYAJIAN  
           

 

 7.LAPORAN PERJALANAN PROGRAM

Program Pertukaran Pelajar bagi tahun 2017 telah berlangsung dengan jayanya atas inspirasi tuan pengetua SMK Teluk Bahang, En. Abdul Said bin Hussain serta komitmen dan usaha tonggak penggerak program ini. Pada 20 Februari sehingga 24 Februari 2017, program ini telah berjalan lancar melibatkan pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Manakala dua buah sekolah yang telah dipilih adalah atas faktor kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah sekolah terbabit iaitu SMK St George (P) Pulau Pinang dan Penang Free School. SMK Teluk Bahang telah menghantar seramai 10 orang pelajar perempuan ke SMK St George (P) manakala 10 orang pelajar lelaki pula telah dihantar ke Penang Free School.

Antara objektif program ini dijalankan ialah bagi memberi pendedahan kepada teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di SMK St. George (P) dan Penang Free School. Selain itu, pelajar tersebut dapat memerhati dan merasai iklim persekolahan di sekolah terlibat. Di samping itu, dapat diadakan perkongsian idea dan jaringan ilmu dalam kalangan pelajar sekaligus dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar.

Pada masa yang sama, seramai dua orang guru turut terlibat dalam Program Bimbingan dan Perkongsian Pintar PdPc Abad ke-21 di Penang Free School. Guru yang terlibat ialah En. Muhammad Bahtia bin Jaafar bagi matapelajaran Fizik dan Cik Nur Zahidah binti Shah Kholit bagi matapelajaran Matematik.

Antara objektif program ini diadakan ialah bagi berkongsi teknik dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran kolaboratif Abad ke-21 bagi mata pelajaran Fizik dan Matematik Tambahan. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk perkongsian idea dan jaringan ilmu serta diskusi ilmu sejajar perkembangan semasa pendidikan. Secara tidak langsung, program ini dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru SMK Teluk Bahang dan Penang Free School.

 

            Kesimpulannya, kedua-dua program ini telah berjalan dengan lancar dan cemerlang dan pihak sekolah berharap program ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan pencapaian akademik sekolah dapat ditingkatkan.

 

 


Articles Categories

SMKTBG Archive

Powered by mod LCA

Kaunter Pelawat

3180656
TodayToday858
YesterdayYesterday1507
This WeekThis Week160
This MonthThis Month35638
All DaysAll Days3180656
162.158.78.226

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.