Tahniah Pelajar PMR 2009

E-mail Print PDF

Pada 24 Disember yang lalu, keputusan PMR 2009 telah diumumkan. Pada tahun ini, peratus sekolah ialah 53.85%. Pelajar terbaik bagi PMR 2009 ialah:

 7A

  • Amira Aziera Abdullah
  • Noor Syazwani Hasbullah

6A

  • Amira Aziema bt Abdullah

 

 

 
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
  • VTEM Image Show
LAWATAN PAMERAN INFORMASI PENDIDIKAN & KERJAYA 2013

LAWATAN PAMERAN INFORMASI PENDIDIKAN & KERJAYA 2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

LAWATAN PAMERAN INFORMASI PENDIDIKAN & KERJAYA 2013

KOMPLEKS TABUNG HAJI, BAYAN LEPAS

 

13 Mei 2013 – Seramai 100 pelajar SMK Teluk Bahang yang terdiri daripada semua tingkatan 5 dan 4 Kolonel telah menghadiri lawatan Pameran Informasi Kerjaya yang diadakan selama 3 hari bermula 13 Mei dan berakhir pada 15 Mei 2013. Pameran ini bertujuan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid sekolah mengenai kepentingan perancangan kerjaya, memberikan penerangan jelas tentang kerjaya menerusi seminar, sesi kaunseling dan temubual serta membantu murid kurang cemerlang untuk meneroka peluang belajar dengan kelayakan yang minimum. Guru pengiring yang terlibat adalah Cg Shahrul, Cg. Zaidi, Cg. Hayati dan Cg. Yazmira dan lawatan ini tamat pada jam 12.00 tengahari. Antara agensi yang terlibat mengadakan pameran tersebut adalah IPTA, IPTS, agensi kerajaan dan swasta. Semoga program ini memberi peluang kepada seramai mungkin pelajar untuk meneroka peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, bidang kemahiran dan kerjaya.

 

“PENDIDIKAN KERJAYA 1 MALAYSIA MENGUKUH ASPIRASI PENDIDIKAN NASIONAL”

 


Read more...
MOTIVASI PELAJAR ASRAMA

MOTIVASI PELAJAR ASRAMA

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

MOTIVASI PELAJAR ASRAMA

Tajuk : Dahsyatnya Cabaran Pelajar

Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling

1 Mei 2013 – Alhamdulillah satu program perkongsian inspirasi untuk melihat dan merungkai tentang dahsyatnya cabaran pelajar telah diadakan di Asrama SMK Teluk Bahang yang melibatkan semua pelajar asrama putera dan puteri. Program ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pelajar agar mereka meningkatkan kemahuan untuk terus berusaha menyiapkan diri dalam proses pembelajaran dan juga sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan bagaimana bangkit dari kegagalan, serlahkan kuasa dalam diri, minda yang positif dan sebagainya. Aktiviti kumpulan turut dijalankan dan lebih fokus kepada kewajipan sebagai umat Islam yang mementingkan solat lima waktu. Soal jawab dan komunikasi dua hala sangat membantu sepanjang program ini berlangsung. Semoga para pelajar asrama pada tahun ini sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam kehidupan sebagai pelajar yang mahu mencapai cita-cita yang tinggi.

 

“MOTIVASI ITU BERMULA DENGAN KEMAHUAN”

 


 

Read more...

Warning: imagejpeg() [function.imagejpeg]: Unable to open '/home/smktbg/public_html/images/resized/images/stories/2013/kem/1_60_80.jpg' for writing: No such file or directory in /home/smktbg/public_html/modules/mod_janews/helper.php on line 127
KEM KEPIMPINAN DAN KESIHATAN PELAJAR ASRAMA PERINGKAT NEGERI 2013

KEM KEPIMPINAN DAN KESIHATAN PELAJAR ASRAMA PERINGKAT NEGERI 2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

19 April 2013 – Bertempat di Taman Negeri Perlis selama 3 hari 2 malam, telah diadakan kem kepimpinan untuk pelajar-pelajar asrama peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan oleh JPN P.Pinang. SMK Teluk Bahang telah menghantar dua pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan iaitu Mohd Aliff B. Abdullah, Muhammad Aiman Maula b. Sabri dan Noor Hazwani Bt. Mohd Jaafar; semuanya tingkatan 4,dan mereka yang terpilih ini bakal menjadi pemimpin asrama kelak. Fasilitator yang terlibat dalam program ini adalah Cg. Noor Yazmira Bt. Ismail.

 

Antara objektif kem ini adalah pelajar dapat berkomunikasi dengan berkesan, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mahir mengendalikan mesyuarat dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang serta mahir memainkan peranan sebagai pemangkin dalam menggerakkan serta menggembengkan tenaga murid asrama untuk melaksanakan sesuatu aktiviti dan tanggungjawab. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah slot ice breaking, meredah hutan dan meneroka Gua Wang Burma 1&2, debat, penyelesaian masalah, pengendalian etika majlis rasmi dan sebagainya.

 

Aktiviti paling menarik adalah menikmati keajaiban suasana di dalam gua yang sangat gelap serta melihat pelbagai spesis haiwan seperti kelawar, katak besar, ikan dan sebagainya. Gua tersebut terbahagi kepada dua iaitu Wang Burma 1 melibatkan kawasan kering dan Wang Burma 2 melibatkan kawasan basah. Keunikan stalaktik dan stalagmit yang terbentuk semulajadi sangat menakjubkan. Perasaan kagum dengan ciptaan Allah begitu kuat dirasai. Para peserta perlu melalui pelbagai cabaran seperti merangkak, jalan itik dan sebagainya sepanjang berada di dalam Gua Wang Burma 2.

 

Persaingan sihat di antara setiap kumpulan begitu terserlah sepanjang kem ini dijalankan dan ini meyakinkan para fasilitator akan kemampuan mereka untuk menjadi pemimpin di asrama. Sebelum bertolak balik ke Pulau Pinang semua peserta dan pegawai yang terlibat diberi peluang untuk bersiar-siar di Wang Kelian tempat untuk membeli belah dan para peserta turut berpeluang memasuki kawasan Thailand. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Unit HEM, JPN P.Pinang kerana telah berjaya melaksanakan program tersebut. Diharapkan agar para peserta yang terpilih dapat menggunakan segala pengalaman untuk membantu pimpinan di asrama agar menjadi asrama yang hebat dan cemerlang. InsyaAllah.

 

“MEMIMPIN DAN DIPIMPIN”

 


 

 

 

 


Warning: imagejpeg() [function.imagejpeg]: Unable to open '/home/smktbg/public_html/images/resized/images/stories/2013/yatim/4_60_80.jpg' for writing: No such file or directory in /home/smktbg/public_html/modules/mod_janews/helper.php on line 127
PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PROGRAM NAFAS SEGAR

PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PROGRAM NAFAS SEGAR

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

8 April 2013 – Setelah sebulan dilaksanakan kempen Nafas Segar yang bertujuan mendidik pelajar agar menjauhi rokok, dadah dan keruntuhan akhlak; dan pelbagai aktiviti telah disediakan seperti pertandingan poster bertemakan buli, rokok dan AIDS, pertandingan papan info kaunseling dan pertandingan sajak maka majlis penyampaian hadiah telah diadakan untuk menghargai penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut. Antara pemenang kelas terbaik kategori papan info kaunseling terbaik adalah kelas 1 Brigadier, 1 Kolonel, 2 Brigadier, 3 Brigadier dan 5 Kapten. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

“USAHA TANGGA KEJAYAAN”

 

 

 

 
Previous Next
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4

Countdown PMR&SPM

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.

Renungan

"Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah"

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa."

Pentadbir

SMKTBG Archive

Kaunter Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday625
mod_vvisit_counterYesterday2590
mod_vvisit_counterThis week9370
mod_vvisit_counterLast week16548
mod_vvisit_counterThis month52940
mod_vvisit_counterLast month53563
mod_vvisit_counterAll days674436

We have: 11 guests, 6 members, 13 bots online
Your IP: 107.21.156.140
 , 
Today: Jun 19, 2013

STATISTIK KPM