Program Ihya' Ramadhan

Ramadhan adalah kurniaan yang amat besar daripada Allah Taala kepada orang-orang Islam. Kurniaan ini hanyalah akan bermakna jika kita dapat menilainya dengan betuagar ianya tidak berlalu tanpa kita memperoleh apa-apa manfaat daripadanya.

 Sabda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wassallam:

“Jika umatku mengetahui dengan sebenar-benarnya akan keutamaaan Ramadhan, maka mereka berharap seluruh tahun itu agar menjadi bulan Ramadhan.”

Maka dengan itu, Unit Hal Ehwal Murid dan Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan dan kaunseling serta Biro Kerohanian Asrama SMK Teluk Bahang telah menganjurkan program Ihya Ramadhan yang bertemakan Tingkatkan Amal Gandakan Pahala sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. 

(Ustaz Zainur menyampaikan cenderahati kepada pengetua)

Ihya Ramdahan ini telah dilancarkan oleh Pengetua, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad semalam, 11 Ogos 2010 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1431H. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dirancangkan sepanjang program ini.

Tujuan utama diadakan program ini adalah untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan program-program yang dapat meningkatkan amal ibadah dan penghayatan Islam dalam kalangan warga sekolah, menyediakan kemudahan kepada seluruh warga sekolah untuk sama-sama merebut segala kelebihan yang terkandung dalam bulan Ramadhan dan membentuk kesedaran peribadi agar lebih berdisiplin dan bersahsiah tinggi dalam kalangan pelajar sekolah.

 (Pengetua merasmikan papan notis Ihya' Ramadhan)

Takwim aktiviti untuk Bulan Pesta Ibadah adalah seperti berikut:

Bil.

Aktiviti-Aktiviti sepanjang Ramadhan

Catatan

1.

Edaran kurma ihya’ Ramadhan

1 Ramadhan

2.

Perasmian ringkas bulan Ramadhan

2 Ramadhan

3.

Ceramah Nuzul Al-Quran

17 Ramadhan

4.

Ceramah “Adab Menyambut Aidilfitri Menurut Islam”

24 Ramadhan

5.

Info Ramadhan

5 minit-pagi

6.

Tayangan dan Ulasan Ringkas

Waktu rehat mengikut tingkatan

7.

Tadarus Al-Quran

Waktu Rehat

8.

Solat Sunat Dhuha

Waktu Rehat

9.

Buletin ‘Sinar Ramadhan’

Panitia P.Islam

10.

Edaran ‘Flyers’ karnival ibadah

Unit B&Kaunseling

11.

Penanda Buku-Ramadhan

Panita P.Islam

12.

Kutipan derma untuk sumbangan anak yatim

Seluruh warga SMKTBG

 

(Ustaz Siroj menyampaikan hadiah kurma kepada pengetua

Marilah kita sama-sama memeriahkan sambutan Bulan Pesta Ibadah ini dengan melaksanakan ibadah puasa yang sempurna dan memperbanyakkan lagi amal ibadat. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.

 


 

 

 

Articles Categories

Kaunter Pelawat

2478980
TodayToday56
YesterdayYesterday739
This WeekThis Week1029
This MonthThis Month56
All DaysAll Days2478980
54.81.108.105

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.