Bulan Bahasa Peringkat SMK Teluk Bahang 2012

LAPORAN DARI :MUSHIRAH MOHSEEN

 

Bulan Bahasa Peringkat SMK Teluk Bahang 2012

 

Panitia bahasa Melayu menjadi tunjang kepada murid-murid dalam aspek ketrampilan berbahasa. Oleh itu menjadi tanggung jawab panitia untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian bersempena Bulan Bahasa Peringkat SMK Teluk Bahang. Bertepatan dengan itu pada 1 Februari 2012 yang lalu acara perasmian Bulan Bahasa Peringkat SMK Teluk Bahang telah diadakan di Dataran Tuan Haji Abdul Malek. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Pengetua En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh. Majlis pagi ini turut dimeriahkan dengan persembahan deklamasi sajak, drama pendek dan segmen dalam bahasa arab.

Program yang melibatkan kerjasama tiga panitia bahasa iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab bertemakan ‘Bahasa Ujana Ilmu’. Sepanjang bulan Februari ini pelbagai aktiviti bahasa akan diadakan antaranya Program Bahasa Baku, Program Kenali Bahasa, Spelling Bee, Walking Dictionary dan lain-lain lagi.

 



 

 

 

Articles Categories

Kaunter Pelawat

2467658
TodayToday93
YesterdayYesterday404
This WeekThis Week1262
This MonthThis Month11640
All DaysAll Days2467658
54.90.230.125

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.