Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Barat Daya 2012

LAPORAN DARI: CIKGU NURUL NAZWA BINTI SABDIN

KETUA JURULATIH KAWAD KAKI KRS SMKTBG

 

Pada: 4 April 2012 (Rabu)

Tempat: PPD Barat Daya(SK balik pulau)

Smk Seri Balik Pulau

Pertandingan yang melibatkan kesemua pasukan unit beruniform badan kerajaan dan badan bukan kerajaan itu terdiri daripada pasukan kadet bersatu Malaysia (PKBM),kadet polis,pasukan pangakap,kadet bomba,tunas kadet remaja sekolah (TKRS) dan kadet remaja sekolah (KRS). Pertandingan berlangsung dengan dibahagikan kepada dua lokasi iaitu dataran kejat sk balik pulau bagi KRS dan TKRS serta dataran smk seri balik pulau untuk GO dan NGO. Guru2 yang bertanggungjawab memantau latihan kawad kaki ialah cikgu Nurul Nazwa, cikgu Mardhati Zuber, ustaz Irsaili Rafifi, cikgu Azmawati dan cikgu Bahtia. Latihan diadakan setiap petang (4-6.30petang) dan pada sebelah malam (8-10malam). Seminggu sebelum menjelangnya pertandingan,pengetua sekolah telah memberi kebenaran untuk membuat latihan pada sebelah pagi iaitu selepas rehat.

Smk Teluk Bahang telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan KRS putera dan puteri. Pasukan putera diundi giliran ke-17 sementara pasukan puteri giliran ke-19. Pasukan putera dengan bilangan ahli kadet (31 orang) diketuai oleh Mohamad Shahris b. Yusof manakala pasukan puteri dengan bilangan ahli kadet (35 orang) diketuai oleh Nurazmina bt. Ishak.

Dengan kerjasama dan penat lelah kesemua yang terlibat,Misi mempertahankan kejuaraan yang selama ini diwarisi oleh pasukan sekolah sejak 2002 telah Berjaya membuahkan hasil apabila pasukan putera dan puteri Smk Teluk Bahang mendominasi bagi kategori Kadet Remaja Sekolah sekaligus mencipta sejarah sedekad menjuarai pertandingan kawad kaki daerah. Misi sekolah seterusnya ialah pasukan puteri mempertahankan johan kawad kaki peringkat negeri pulau pinang dimana mereka menjuarai pada tahun 2011 dan Berjaya merangkul naib johan peringkat kebangsaan. Bagi pasukan putera misi menamatkan badi naib johan sejak 2003 perlu ditamatkan sekaligus mencipta sejarah buat Smk Teluk Bahang.

Jutaan tahniah diucapkan kepada pasukan KRS putera dan puteri smk teluk bahang dan kesemua yang terlibat.

 

BERIKUT IALAH KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT BARAT DAYA 2012

KRS PUTERA

KRS PUTERI

1)SMK TELUK BAHANG

1)SMK TELUK BAHANG

2)SMK TELUK KUMBAR

2)SMK SERI BALIK PULAU

Ketua platun terbaik :

Mohamad Shahris b. Yusof

Ketua platun terbaik:

Nurazmina bt. Ishak

 


 

 

 

Articles Categories

Kaunter Pelawat

2479472
TodayToday548
YesterdayYesterday739
This WeekThis Week1521
This MonthThis Month548
All DaysAll Days2479472
54.205.253.132

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.