LAPORAN DARI: EN SHAHRUL AMRI BIN MOHAMMAD
Tarikh : 21 APRIL 2012
Tempat : KDU KOLEJ PULAU PINANG
Anjuran : KDU KOLEJ PULAU PINANG
Guru Pengiring :
1) En. Shahrul Amri Bin Mohamad
2) Pn. Noorhasliza bt Mohd Ali
3) Pn. Hanita bt Halim
Alhamdulillah.. Satu pengalaman menarik hari ini; membawa 3 pasukan pelajar ke Program Pertandingan Power Chef 2012. Tiga pasukan berikut terdiri daripada enam orang pelajar iaitu:
Kumpulan 1 : S Power
Nur Shafikah bt Jamaludin
Syafikah bt Mohd Rodzi
Kumpulan 2: BAHANG RANGERS
Karbakanagesh a/l Veerjah
Muhammad Syazfiq bin Mansor
Kumpulan 3: MUMMY RANGER
Nur Natrah bt Mohamad Yacob
Siti Najwa bt Ahmad
Hampir 25 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini dimana terdapat 60 buah pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada dua orang pelajar. Pada pertandingan tersebut pelajar diberi masa selama 1½ jam bagi menyediakan hiasan 2 hidangan iaitu swiss role dan mile fuelle custard based pastry. Hakim pertandingan terdiri daripada chef dan columnis, mereka ialah Chef Tommes, Chef Azhar bin Bah, Chef Bakar bin Yusop, Chef Syamsul Idham, En Albert Goh,PJM dan CK Lam.
Pada sebelah petang, pihak penganjur telah mengaturkan program bagi Malaysia Book Of Record dan setiap sekolah dikehendaki menghantar dua orang wakil bagi menyertainya.
Pada pertandingan ini pasukan sekolah telah mendapat tempat yang ke-10. Mereka memperolehi hadiah yang berupa baucer hi-tea di Hotel Sunway untuk dua orang, hamper, sijil dan cenderahati dari KDU. Kumpulan tersebut ialah S Power. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mewakili sekolah bagi menyertai pertandingan ini. Teruskan usaha.















































"Hentikan buli, jadilah seorang pelajar yang berhemah tinggi".