AKTIVITI KELAB PRS & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

LAPORAN DARI: CIK YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 13 Jun 2012

Tempat : Dataran Tn. Hj. Abdul Malek

Anjuran : Kelab Pembimbing Rakan Sebaya & Unit Bimbingan dan Kaunseling

 

Syukur kepadaNYA kerana pada hari ini langit kelihatan cerah dan setiap aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Kelab PRS dan Unit Bim. Kaunseling telah manjalankan 3 aktiviti untuk semua para pelajar di dalam kelab masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :

1. Senaman Gaya Semangat Membara : Cg Haniza

2. Ceritaku Untukmu : Cg. Yazmira

3. Cabaran Kreatif : Ustaz Tajuddin

 

AKtiviti pertama berbentuk lagu yang mempunyai gaya senaman tertentu yang menggambarkan semangat seorang pelajar yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang diimpikan. Aktiviti kedua mengisahkan tentang 2 cerita bertajuk Kisah Disebalik Seketul Batu dan Harga Bayaran ke Syurga Allah. Pengajaran yang diperoleh daripada 2 kisah ini dikongsi bersama para pelajar. Aktiviti ketiga dapat mengasah bakat para pelajar menggunakan idea kreatif masing-masing untuk mewarna poster dadah dengan slogan : 1 Malaysia Membanteras Dadah. Kelab PRS dan Unit Kaunseling ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan pelajar kerana memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang aktiviti dijalankan. Kami amat mengharapkan perkongsian aktiviti tersebut dapat memberi impak yang positif dalam usaha melahirkan manusia yang bersyukur, taat perintah agama, sihat dan kreatif dalam apa jua yang diceburi. Insyaallah…

 

~AL MADRASATI HABIBATI~


Articles Categories

Kaunter Pelawat

2516814
TodayToday272
YesterdayYesterday371
This WeekThis Week1591
This MonthThis Month8168
All DaysAll Days2516814
54.166.84.82

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.