MAJLIS PELANCARAN KUTIPAN DERMA CAHAYA KASIH SEMPENA NUZUL AL-QURAN & SUMBANGAN ANAK YATIM / MISKIN

LAPORAN DARI: CIK YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 3 Ogos 2012

Tempat : Dataran Tn. Hj. Abdul Malik

Anjuran: Unit Bimbingan & Kaunseling

 

Tentatif Pelancaran :

*Ucapan Alu-luan Pengerusi Majlis

*Bacaan Yasin oleh : Mohd Danial Fahmi B. Razali (3 Leftenan)

Guru Pembimbing : Ustaz Tajuddin B. Ismail (Guru P.Islam)

*Tazkirah Nuzul Al-Quran : Ustaz Mohd Rusdi B. Mansor (Guru P. Islam)

Tajuk : Al-Quran Penyuluh Hidup

*Semanis Kurma oleh : Eka Natasya (2 Brigadier)

*Persembahan Mutiara Kata : Rushdi B. Ridhuan (2 Leftenan)

*Pelancaran oleh: En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh (Tn. Pengetua)

*Penyampaian Ole-Ole Ramadhan kepada anak yatim/miskin

*Penyampaian cenderahati

Alhamdulillah dengan pelancaran Kutipan Derma Cahaya Kasih diharap dapat membantu mengumpul sumbangan daripada pelbagai pihak untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar yatim/miskin. Sumbangan yang diperoleh adalah dalam bentuk wang dan bahan makanan asasi seperti beras, minyak, gula dan sebagainya. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan para pelajar serta warga SMK Teluk Bahang yang telah memberi sumbangan dan tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada Koperasi SMK Teluk Bahang atas sumbangan barang makanan kepada 10 pelajar yatim/miskin.

Tahniah diucapkan kepada pelajar bernama Rushdi B. Ridhuan, 2 Leftenan yang secara sukarela menyampaikan persembahan Mutiara Kata. Semoga lebih ramai lagi para pelajar SMK Teluk Bahang yang sudi tampil untuk mengasah dan menunjukkan bakat masing-masing sekaligus membentuk keyakinan diri yang tinggi. InsyaAllah...

~RAMADHAN KAREEM~

 

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

2492884
TodayToday380
YesterdayYesterday330
This WeekThis Week1328
This MonthThis Month13960
All DaysAll Days2492884
54.161.202.106

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.