MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN SEMPENA PEPERIKSAAN PMR & SPM

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Tarikh : 22 September 2012

Tempat : Majlis Jamek Teluk Bahang

Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling

Penglibatan : Semua guru, pelajar dan waris pelajar PMR&SPM, SMK Teluk Bahang

Alhamdulillah, hujan rahmat mengiringi sepanjang Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin yang telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu. Kehadiran ibu bapa beserta doa dan restu memberi satu semangat kepada para pelajar sebagai tanda sokongan dalam usaha meningkatkan keyakinan untuk berjaya dalam peperiksaan awam. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan solat hajat berjemaah yang diketuai oleh Imam Masjid Jamek Teluk Bahang. Seterusnya ucapan dan amanat daripada Tn. Pengetua dan diserikan lagi dengan ucapan dan kata-kata motivasi oleh YB Dato’ Seri Dr. Hj. Hilmi bin Hj. Yahya Adun Teluk Bahang. Semua hadirin yang hadir dihidangkan dengan minuman air zam-zam. Sebelum majlis berakhir, hadirin menerima satu berita kematian salah seorang penduduk Teluk Bahang dan para pelajar sempat menunaikan solat jenazah secara berjemaah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. InsyaAllah..

Terima kasih atas kerjasama daripada semua pihak. Semoga SMK Teluk Bahang mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR dan SPM.

~DOA RESTU MENGIRINGI KEJAYAAN~

 


 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

2506587
TodayToday151
YesterdayYesterday578
This WeekThis Week962
This MonthThis Month13590
All DaysAll Days2506587
54.163.168.15

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.