PELANCARAN PROGRAM NAFAS SEGAR (PENDIDIKAN PENCEGAHAN ROKOK/DADAH/INHALAN/HIV/AIDS/KERUNTUHAN AKHLAK & JENAYAH)

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

PELANCARAN PROGRAM NAFAS SEGAR

(PENDIDIKAN PENCEGAHAN ROKOK/DADAH/INHALAN/HIV/AIDS/KERUNTUHAN AKHLAK & JENAYAH)

TEMA : AKHLAK MULIA SEKOLAH SELAMAT

ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN KERJASAMA UNIT DISIPLIN

25 FEBRUARI 2013

OBJEKTIF

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang gejala negatif keruntuhan akhlak.

Melatih pelajar tentang amalan kawalan diri yang positif daripada terjebak dengan aktiviti jenayah.

Menanam sikap benci kepada dadah dan aktiviti yang tidak sihat.

Melahirkan pelajar yang mengamalkan gaya hidup sihat.

SENARAI AKTIVITI

1. Pameran agensi seperti AADK, Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya (Rokok), Bahagian Siasatan

Jenayah Narkotik, IPD B/Daya (Dadah) Dan LPPKN.

2. Pertandingan mewarna

3. Pertandingan ruangan info rokok/dadah/AIDS/keruntuhan akhlak&jenayah-di dalam kelas

4. Pertandingan poster bebas rokok / mencipta sajak benci dadah

5. Slot 5 minit info rokok/dadah/inhalan/AIDS

6. Ceramah LPPKN

MAJLIS PELANCARAN

Alhamdulillah majlis pelancaran telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 25 Februari yang lepas. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis iaitu Sakinah dan Athirah dari tingkatan 2 Brigadier manakala alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pula disampaikan oleh Aiman Maula, 4 Mejar dan bacaan doa oleh Mohd Alif juga dari tingkatan 4 Mejar.

Seterusnya ucapan penyelaras program disampaikan oleh Cg. Noor Yazmira Bt. Ismail yang menegaskan agar pelajar berusaha mencegah diri daripada terlibat dengan gejala negatif seperti rokok dan dadah. Ucapan PK HEM; Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff telah disampaikan dengan penuh bertenaga yang menyeru para pelajar agar bijak memimpin diri menjadi manusia yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Pn. Zaleha Bt. Abdul Rahman selaku PK Pentadbiran telah menyampaikan ucapan perasmian pelancaran bagi menggantikan Tn. Pengetua dan beliau menyarankan agar para pelajar sentiasa befikir sebelum bertindak untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

Gimik perasmian pada pelancaran tersebut dilancarkan dengan meriah apabila berita tergempar berkaitan jenayah akibat penyalahgunaan dadah telah disampaikan oleh pelajar secara tiba-tiba manakala barisan pentadbir dan dua pelajar bertuah telah dipilih untuk memusnahkan replika rokok, pil-pil khayal dan jarum suntikan dengan membakarnya di dalam tong yang disediakan dan sementara itu alunan azan dikumandangkan oleh pelajar iaitu Aiman Maula sebagai simbolik mengusir anasir negatif yang cuba menular dalam kalangan remaja di sekolah. Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid oleh para pelajar tingkatan satu dengan tajuk “ Taubat Maksiat”.

Semoga pelancaran ini memberi satu pengalaman baru kepada warga sekolah dan membuka minda pelajar agar memahami tentang bahaya rokok dan dadah dalam kehidupan.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang telah berusaha menjayakan program ini terutamanya Unit Disiplin, Panitia P.Islam, Panitia Seni & B.Melayu serta pelatih Pembimbing Rakan Sebaya yang terdiri daripada para pelajar yang bertungkus lumus memastikan pelancaran ini berjalan dengan baik. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada agensi yang menjayakan pameran pada 26 Februari 2013 yang lalu iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya, LPPKN dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

“Dadah Perosak Bangsa”