Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Daerah Barat Daya 2013

LAPORAN DARI: USTAZ MOHD AZIZUL AB RAHMAN

 

Pada 13 Mac yang lepas, SMK Teluk Bahang telah menghantar beberapa wakil pelajar untuk menyertai 3 pertandingan MTQ Sekolah-Sekolah (MTQSS) Daerah Barat Daya 2013 iaitu kumpulan nasyid(lelaki), Tilawah Al-Quran(lelaki) dan Hafazan (lelaki).

Pelajar SMK Teluk bahang telah mencapai kejayaan yang membanggakan apabila memenangi Naib Johan Tilawah Al-Quran (lelaki) ,Muhammad Aeman Bin Sabri dan Naib Johan Hafazan (lelaki), Muhamad Saiful Bin Ibrahim.Kumpulan nasyid mendapat tempat ke-5 dan mendapat sijil saguhati daripada penganjur.Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah sempurna disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang, En. Abdul Nasir bin Hj. Salleh.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang memberikan sokongan ,tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar-pelajar dalam menyertai pertandingan kali ini.

Diharapkan untuk tahun mendatang akan ada lagi bakat-bakat pelajar yang bersinar yang mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai peringkat.Syabas dan tahniah.

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

2838648
TodayToday240
YesterdayYesterday475
This WeekThis Week3421
This MonthThis Month240
All DaysAll Days2838648
173.245.54.227

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.