MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH PELAJAR

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

2 April 2013 – Pihak sekolah telah mendapat satu berita sedih tentang kebakaran yang berlaku di Teluk Bahang melibatkan sebuah rumah pelajar SMK Teluk Bahang dan mereka kehilangan hampir keseluruhan harta benda. Pihak sekolah sangat prihatin dengan musibah tersebut dan telah membuat satu lawatan untuk menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak sekolah. Guru-guru yang meyertai lawatan tersebut adalah Ustaz Mohd Siroj, PK HEM mewakili tuan Pengetua bersama-sama Ustaz Tajuddin, Pn. Norita, Pn. Laila dan Cik Yazmira. Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk wang dan pakaian; hasil kutipan daripada pihak guru, pelajar-pelajar serta Koperasi SMK Teluk Bahang. Kami juga sempat melawat tempat kejadian kebakaran dan kini keluarga pelajar tersebut menyewa di sebuah rumah yang berhampiran. Semoga keluarga pelajar bernama Farahanim, 5 Brigadier; tabah menghadapi ujian ini dan terima kasih atas keprihatinan warga SMK Teluk Bahang yang sudi meyumbang kepada keluarga berkenaan.

 

“BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING”

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

2504581
TodayToday110
YesterdayYesterday597
This WeekThis Week2489
This MonthThis Month11584
All DaysAll Days2504581
54.87.88.36

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.