PEMBERITAHUAN: Pihak Sekolah SMK Teluk Bahang sangat berbesar hati menjemput semua ibu bapa dan penjaga pelajar SMKTBG untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 8. Majlis ini akan dijalankan seperti maklumat berikut: Tarikh : 21 Mac 2014 Hari : Jumaat Masa : Jam 3.30 petang Tempat : Bilik Persidangan SMK Teluk Bahang. Ribuan Terima Kasih..

-Pentadbiran SMKTBG-
 

Pentadbir

Program Jalan Ria 10 000 Langkah 1 Murid 1 Sukan Peringkat SMK Teluk Bahang 2013

Pada Rabu 3/7/2013 SMK Teluk bahang berjaya melaksanakan program Program Jalan Ria 10 000 Langkah 1 Murid 1 Sukan Peringkat SMK Teluk Bahang 2013. Pelaksanaan ini dibuat memandangkan bulan Ramadhan akan menjelang tiba.

Pada awal pagi, aktiviti panas badan iaitu senamrobik dimulakan dan acara berjalan 10 ribu langkah bermula bermula di Dataran Tuan Hj. Abdul Malek menuju ke Dam Teluk Bahang. Alhamdulillah dengan kerjasama pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerjasama dari semua guru dan pihak yang terlibat, program berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Syabas dan tahniah diucapkan.