KEMERIAHAN HARI PERTAMA KELAS TAMBAHAN PMR & SPM 2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

19 OGOS 2013

SMK TELUK BAHANG

12 Syawal; hari pertama di SMK Teluk Bahang, kelihatan semua guru dan para pelajar ceria pada pagi hari dan pada perhimpunan pagi PK Pentadbiran En. Omar; sempat mengingatkan bahawa Kelas Tambahan PMR & SPM akan bermula pada hari tersebut jam 2.30 hingga 3.30 petang setiap hari. Unit Bimbingan dan Kaunseling sempat mengadakan kempen dari kelas ke kelas untuk memastikan para pelajar hadir pada sesi kelas tambahan tersebut. Pihak PIBG sekolah pula telah berbesar hati untuk menyumbang minuman ringan kepada semua pelajar Tingkatan 3 dan 5 sebagai alas perut sebelum memulakan kelas tambahan. Oleh itu, Unit HEM telah mengedarkan roti dan milo ais untuk para pelajar dan kemeriahannya dapat dirasai oleh warga sekolah.

Alhamdulillah hari pertama sesi kelas tambahan berjalan lancAr dan ucapan terima kasih kepada Tn. Pengetua, barisan pentadbir dan guru-guru disiplin yang sudi meluangkan masa memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada guru-guru atas ilmu yang disampaikan dan sama-sama kita doakan agar SMK Teluk Bahang terus mencapai kecemerlangan dalam PMR dan SPM.

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN”

 


 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

2507021
TodayToday78
YesterdayYesterday507
This WeekThis Week1396
This MonthThis Month14024
All DaysAll Days2507021
54.204.218.95

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.